Wednesday, 9 May 2012

NOTA 1 : MEMAHAMI KEMANDIRIAN HAIWAN DAN TUMBUHAN


Kemandirian Haiwan Dan Tumbuhan

NOTA 

Penyebaran Biji Benih       

1.
Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

4.
Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.
5.
Antara penyesuaian ini ialah:

Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum
/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap,
 ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat 
banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang
 apabila kering.

Rantai Makanan dan Siratan Makanan 

1.
Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh                     ditunjukkan dalam bentuk:

(a)
rantai makanan.

(b)
siratan makanan.
2.
Rantai makanan adalah hubungan makanan antara                                 beberapa organisma hidup secara linear.
3.
Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan                              makanan.
4.
Contoh rantai makanan.

 
5.
Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar                              (tumbuhan).
6.
Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
7.
Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
8.
Pengguna yang memakan pengeluar disebut                                               pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
9.
Pengguna yang memakan pengguna primer disebut                                                 pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau                                                     omnivor.
10.
Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
11.
Tenaga berasal daripada Matahari.
12.
Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks                            akan membentuk siratan makanan.



No comments:

Post a Comment